Tuesday 22 November 2011

SEJARAH PENUBUHAN FESKIB


Festival Kesenian dan Integrasi Budaya (FESKIB) adalah salah satu projek mega yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Antarabangsa Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia. Feskib telah diadakan pada 25-27 Februari 2011 iaitu merupakan siri pertama yang telah berjaya menarik beberapa pihak yang berbakat besar dalam bidang kebudayaan dan kesenian untuk turut sama menjayakan program ini. Dalam siri pertama, beberapa pertandingan telah diadakan.

  • PERTANDINGAN VOICE OF UNITY
Pertandingan Voice of Unity (VOU) adalah pertandingan nyanyian solo yang melibatkan beberapa kategori iaitu kategori IPTA/S dan sekolah menengah. Para peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu patriotik dan mendapat sambutan yang cukup hebat.

  • PERTANDINGAN TEATER
Pertandingan teater pula terbuka kepada IPTA/S dan sekolah menengah juga. 
  • PERTANDINGAN TARIAN
Pertandingan tarian adalah pertandingan kemuncak untuk Feskib. Pertandingan ini terbuka kepada IPTA/S dan juga sekolah menengah. Sambutan yang diterima cukup meriah dan memberangsangkan. Para peserta juga memberikan saingan yang hebat demi merebut gelaran juara. Persembahan yang dilakukan membanggakan kami sebagai pihak penganjur.